Tuesday, April 19, 2011

PAKAIAN







Pakaian mrujuk pada stiap sesuatu yg mnutupi tubuh manusia. Mengenakan pakaian secara eksklusif ciri-ciri manusia dan adalah suatu ciri dari masyarakat manusia yang paling. Jumlah dan jenis pakaian yang dikenakan bergantung pada pertimbangan fungsi seperti keperluan akan suhu dan perlindungan) dan pertimbangan sosial.

Fungsi adalah tujuan utama dari pakaian iaitu berfungsi sebagai perlindungan. Pakaian juga meningkatkan keselamatan selama kegiatan berbahaya seperti hiking dan memasak, dengan menyediakan penghalang antara kulit dan persekitaran. Selanjutnya, pakaian memberikan penghalang bersih, menjaga racun dari tubuh dan menyekat penularan kuman.


CEH! tetapi sekaran kite ad jew tengok ramai giler org pkai baju mcm xdew saiz jew, ad yg pkai bju kecik giler, mgkin pkai bju adik dye kot, ak pun xleh nk nafi kan jgk. tapi ad jgak yg pkai bju besar giler, fuhh nie plak mgkin pkai bju mak dye, xleh jgk ak nafikn. tapi ini lah realiti dunia sekaran.


Adab Memakai Pakaian Menurut Islam
Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar. ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

ISLAM tidak menetapkan fesyen pakaian tetapi perlu mematuhi garis panduan dalam menutup aurat. Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian untuk lelaki dan wanita iaitu:

1. Menutup aurat AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat 
TUJUANNYA adalah supaya tidak menonjolkan atau melihatkan bentuk tubuh badan.

4. Tidak menimbulkan riak RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: 
"Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat."

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)


5. Lelaki dan Wanita berbeza.

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: 
"Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud: 
"Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq ‘alaih)


7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: 
"Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW.

Baginda bersabda bermaksud: 
"Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa’ie dan al-Hakim)


9. Larangan memakai EMAS.

TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya. Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai. Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: 
"Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."


10. Mulakan memakai dari sebelah kanan.

APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: 
"Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci." Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).


11. Selepas membeli pakaian baru
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud: 
"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: 
"Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

Sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).



CLICK HERE TO WATCH NEW SONG FROM MAHER ZAIN MAHER ZAIN-FREEDOM

DOA PAKAI BAJU



Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".

DOA TANGGAL PAKAIAN


Maksudnya:

"Dengan nama Allah".

DOA PAKAI BAJU BARU

Maksudnya:

"Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta".

Thursday, April 7, 2011

KELEBIHAN ZIKIR DAN SELAWAT KEATAS NABI

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.


2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.


4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.


6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.


7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.


9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.


10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi


11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.


12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan


13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi


14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh


15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.


16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah


17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum


18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu


19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman


20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana


21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung


22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari


23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah


24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah


25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA


26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari


27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH


28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur


29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan


30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari


31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW


32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh


33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari


34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari


35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari


36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang


37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud


38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya


39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim


40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari


41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya


42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih


43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih


44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain


45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud


46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya


47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar


48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib


49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami


50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga      100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.










KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM 



  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba  itu.

ZIKIR SELEPAS SOLAT


"Ya Allah, Engkau sejahtera daripada keaiban, daripada Engkaulah (datangnya) kesejahteraan, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan".

ZIKIR PAGI DAN PETANG


"Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya".


Friday, April 1, 2011

MASJID DAN ADAB

 Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda:




“Apabila kamu melihat seseorang rajin pergi ke masjid, maka hendaklah kau menjadi saksi bahawa ia (benar-benar) beriman, kerana Allah taala berfirman:At-Taubah [18] Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (Riwayat Tirmizi)  
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/11/30/kedudukan-masjid-dalam-islam-2/






PENGANUT AGAMA ISLAM TERDAPAT DI SERATA DUNIA, MAKA ISLAM JUGA BERADA DI SERATA DUNIA. JADI MASJID PUN BEGITU JUGA.
PERNAHKAH ANDA MELIHAT MASJID-MASJID INI:

Al-Farooq Masjid   www.google.com




Mosque in Abuja   www.google.com




Wazir Khan Masjid   www.google.com
















ADAB BERANGKAT KE MASJID
  1. Mulai dengan kaki kanan.
  2. Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju Masjid: "Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"
ADAB MASUK KE MASJID
  1. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu"
  2. Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih"
  3. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )



ADAB DALAM MASJID 

  1. Duduk menghadap Qiblat.
  2. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya.
  3. Sentiasa menyebut nama Allah.
  4. Menghadirkan Ahhala dalam hati.
  5. Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia.
  6. Jauhi dari menghina Islam.
  7. Bezikir dengan suara perlahan.




ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN




  1. Berdiam diri.
  2. Menjawab seruan Azan.
  3. Berdoa setelah selesai Azan.
  4. Ditambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
  5. Kerjakan solat sunat Rawatib.


ADAB KELUAR MASJID





  1. Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
  2. Berniat untuk datang kembali.
  3. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah    Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
  4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.



Masjid paling mulia di sisi Allah di dalam Islam ialah


Masjid Al-Haram di Mekah

MASJIDIL HARAM, MEKAH  www.google.com

Masjid An-Nabawi di Madinah 

MASJID NABAWI, MADINAH   www.google.com

Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis

MASJID AL-AQSA, BAITUL MAQDIS     www.google.com



DOA MASUK MASJID


Maksudnya:

"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajahNya Yang Mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu".



DOA KELUAR MASJID







Maksudya:
"Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu. Ya Allah, Peliharalah daku dari syaitan yang direjam".

Wednesday, March 30, 2011

TIDUR DALAM ISLAM



Sesungguhnya Islam benar-benar memberi perhatian yang sangat besar kepada manusia dalam segala urusannya. Saat lapang ataupun sulit, bangun mahupun tidur dan waktu bahagia mahupun sedih. Pendek kata, tidak ada satu hal pun, baik kecil maupun besar, melainkan telah dijelaskan oleh islam.




ALLAH berfirman :






“Dan kami jadikan tidurmu untuk istrahat."
(QS. An-Naba’: 9).

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu diwaktu malam dan siang hari usahamu mencari sebagian dari karunuia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.” 
(QS. Ar-Ruum: 23)




WWW.GOOGLE.COM


ADAB TIDUR DAN BANGUN

Rasulullah SAW juga mengajar kite adab tidur dan bangun :



1. Bermuhasabah diri sesaat sebelum tidur


Sangat dianjurkan sekali bagi setiap muslim bermuhasabah sesaat sebelum tidur, mengenang segala perbuatan yang telah ia lakukan siang hari. Lalu jika ia dapatkan perbuatannya baik maka hendaknya memuji Allah SWT dan jika sebaliknya maka hendaknya segera memohon ampunan-Nya, kembali dan bertaubat kepada-Nya.



2. Tidur dini


Berdasarkan hadith yang bersumber dari ‘Aisyah r.a. “Bahawasanya Rasulullah tidur pada awal malam dan bangun pada penghujung malam, lalu beliau melakukan solat”.(Muttafaq’alaih)



3. Disunnatkan berwudhu’ sebelum tidur, dan berbaring mengiring sebelah kanan.


Al-bara’ bin ‘azib menuturkan : Rasulullah bersabda:”Apabila kamu akan tidur,maka berwudhu lah sebagaimana wudhu untuk sholat, kemudian berbaringlah dengan miring ke sebelah kanan…” Dan tidak mengapa berbalik kesebelah kiri nantinya.



4. Disunnatkan pula mengibaskan selimut tiga kali sebelum berbaring


Berdasarkan hadits Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda:” Apabila seorang dari kamu akan tidur, maka hendaklah mengirapkan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, karana ia tidak tahu apa yang ada diatasnya…” Di dalam satu riwayat lain dikatakan:”tiga kali”.(MuttafaQ’alaih)



5. Makruh tidur tengkurap



Abu dzar menuturkan :”Nabi pernah lewat melintasi aku, dikala itu aku sedang berbaring tengkurap. Maka nabi membagunkan aku dengan kakinya sambil bersabda:” Wahai Abu Dzar, sesungguhnya berbaring seperti ini (tengkurap) adalah cara berbaringnya penghuni neraka”.(H.R. Ibnu Majah).



6. Makruh tidur diatas dak terbuka.


Hadits yang bersumber dari ‘Ali bin Syaiban menyebutkan bahwasanya Nabi telah bersabda:”Barangsiapa yang tidur malam diatas atap rumah yang tidak ada penutupnya, maka hilanglah jaminan darinya”.(H.R. Al-Bukhari didalam al-Adab al-Mufrad)



7. Menutup pintu, jendela dan memadamkan api dan lampu sebelum tidur.


Dari Jabir diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah telah bersabda:” Padamkanlah lampu dimalam hari apabila kamu tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bekas dan tutuplah makanan dan minuman.”(Muttafaq’alaih).



8. Membaca ayat kursi, dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah.


Surah Al-ikhlas dan Al-Mu’awwiidzatain (Al-Falaq dan An-Nas), karana banyak hadith-hadith shahih yang menganjurkan hal tersebut.



9. Membaca doa-doa dan zikir yang keterangannya shahih dari Rasulullah

WWW.GOOGLE.COM


Seperti : Allaahumma qinii yauma tab’atsu’ibaadaka (Ya Allah,peliharalah aku dari Adzab-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali segenap hamba-hamba-Mu). Dibaca tiga kali.(HR. Abu Dawud)
Dan membaca: “Bismika Allahumma Amuutu Wa ahya” (Dengan menyebut nama-mu ya Allah, aku mati dan aku hidup.) (HR. Al-Bukhari)



10. Apabila disaat tidur merasa gelisah atau merasa ketakutan


Maka, dianjurkan berdo’a dengan do’a berikut ini:”A’uudzu bikalimaatillaahit taammati min ghadhabihi Wa syarru ‘ibaadihi, wamin hamazaatisy syasaathiini wa an yahdhuruuna.(Aku berlindung dengan kalimatullah yang sempurna dari murka-Nya,kejahatan hamba-hamba-Nya, dari gangguan syaitan dan kehadiran mereka kepadaku”.) (HR. Abu Dawud)



11. Apabila bermimpi buruk maka hendaknya ia meludah ke sebelah kirinya tiga kali lalu menukar kedudukan tidurnya dari kiri ke kanan atau sebaliknya.


Dan hendaknya ia tidak menceritakan mimpi buruknya tersebut kepada orang lain serta tidak memikirkannya namun hendaknya ia berdoa dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya mimpi buruknya tersebut tidak akan membahayakannya. Adapun jika mimpinya baik maka boleh ia menceritakannya kepada orang lain.



12. Hendaknya apabila bangun tidur membaca :


“Allhamdu Lillahilladzi Ahyaanaa ba’da maa Amaatanaa wa ilaihinnusyurru” (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikan-Nya,dan kepada-nya lah kami dikembalikan) (HR. Al-Bukhari)



13. ketika seorang menguap hendaknya ia menahannya sekuat tenaga karena jika ia mengucapkan “Ha”,


maka syaitan akan menertawainya, berdasarkan hadits dari Abu Hurairah riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam muslim. Atau hendaknya ia menutup mulutnya dengan tangannya karana syaitan akan masuk, berdasarkan hadith dari Abu Sa’id Al-Khurdiy riwayat Imam Muslim, Imam Abu dawud dan Imam Ahmad.

DOA HENDAK TIDUR


Maksudnya :

Ya Allah, dengan nama Engkau aku jalani hidup dan hadapi mati.

DOA BANGUN TIDUR






Maksudnya:
 
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.